Followers

Wednesday, November 27, 2013

Asam Pedas Kedah


Sebut saja asam pedas ... ada mcm2 versi ikut negeri masing2... Kat umah ni selalunya ada 2 versi yg selalu dimasak iaitu Kedah ngan Johor. Anak2 pun x kisah mana2 versi.. dua2 suka. Tapi kalau nak berdiet tu... asam pedas Kedah yg paling sesuai kerana x pakai minyak cuma rebus aje... Jom kita layan resepinya...

Bahan-bahannya:
Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...

* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

10 comments:

mia.lia said...

asam pdas kdah mmg cair skit erk?

Cikgu Nurin said...

asam pedas ikan pari atau keli pun best kan...?*rasa macam nak makan nasi sambil hadap laptop tengok asam pedas ni...*hu hu hu

zurena said...

to mia.lia...
mmg asam pedas kedah ni cair x macam asam pedas Johor..yg agak pekat.

zurena said...

To Cikgu Nurin..

mmg betoi tu ... kalau buat asam pedas ikan pari makan habis sampai ke tulang...

Cendana Kasih said...

kita pun suka asam pedas cenggini..kena plak ngan ikan pekasam..pergh...tak sedar berpinggan2 tambah nasik..

aQim said...

feveret gila asam pedas ni. rndu kg. kat melaka. wuaaa;(
kat penang ni mmg sush nk jumpe asam pedas=.='

ziey said...

apa beza nya dengan asam pedas biasa yer compare asam pedas kedah..

Nuridah said...

Assalamualaikum Zurena,

rasanya lama betul kak Nur tk singgah sini...sihat ke??

Asam pedas lauk fav kak Nur,mkn ngan nasi panas2 pasti akak bertambah gitu.

zuherni zulmantri said...

Sy dh try resepi ni.. mmg sdap.. nk wat pkat pn bleh. Lbihkan cili..

FARAH DIYANA said...

Kalau ikut cara nenek saya, masa giling bahan giling tu, tambahkan sikit beras. Dalam satu sudu teh. Boleh pekatkan lagi kuah.

Related Posts with Thumbnails