Followers

Sunday, June 13, 2010

Nasi Ayam




Bahan-bahannya:(Hidangan untuk 6-8 orang)

1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong 2
1 kg beras - dibasuh dan toskan.
3 liter air
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar mentega
3 sudu kicap pekat
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih
garam secukup rasa.

Bahan kisar:
15 ulas bawang putih
3 inci halia muda

Cara Membuatnya:
1. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Masukkan sebahagian bahan kisar. Rebus ayam sehingga masak.(Jadikan stok ayam)
2.Masukkan garam secukup rasa biar seketika angkat ayam dan perap dengan kicap.
3.Panaskan periuk dan masukkan mentega. Tumis sebahagian lagi bahan kisar,daun pandan, serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan beras, goreng beras, kacau rata sehingga beras sebati dengan bahan tumis.
5. Apabila telah sebati, masukkan stok ayam(air rebusan ayam),  dan kunyit serbuk.
6. Kacau dan masak sehingga nasi masak.
7. Goreng ayam yang telah diperap tadi.

Bahan sos:
3 biji tomato
1 biji limau nipis - diambil airnya
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
Gula dan garam secukup rasa

* Semua bahan dikisar halus dan dimasak di atas api yang perlahan selama lebih kurang 5 minit (sehingga pekat sedikit)

Bahan hiasan
timun, tomato daun salad, bawang goreng

Bahan sup:
 2 liter Air rebusan ayam
1 batang serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
daun bawang dan daun sup dipotong.
Garam secukup rasa

Bahan kisar untuk sup:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 biji buah keras
sedikit lada hitam.

Cara membuatnya.
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam dan serai . Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa.
3.  Kemudian masukkan daun bawang dan daun sup. Angkat sedia untuk dimakan bersama dengan nasi ayam. Tabur dengan bawang goreng.


* Masa penyediaan/masak 30 -45 minit
* Lebihan kicap yang diperap bersama ayam boleh dimakan bersama nasi ayam

Resepi nasi ayam ini mesti dicuba kerana saya pernah gunakan resepi ini untuk berniaga nasi ayam pada masa lalu. Permintaan amat menggalakkan. Tetapi oleh kerana kesibukan masa menguruskan anak-anak yang masih kecil pada masa yang sama saya mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti, saya terpaksa melupakan minat untuk berniaga. Kini resepi ini dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja.Diharap dengan adanya blog ini resepi ini akan tersebar dan dapat dikongsi oleh orang lain.

3 comments:

Khairunnisa' said...

Nisa ada terfikir ingin mencuba resepi ini esok hari, insha'Allah.

Terima kasih, Kak.

- Nisa

Khairunnisa' said...

Apa maksud Akak, "daun serai - dititik" tu?

And Nisa selalu confused tentang bawang merah. Bawang merah besar atau bawang merah kecil yang Akak gunakan untuk membuat sup?

And buah keras tu apa?

P.S. minta maaf, banyak tanya. Nisa tak pernah masak nasi ayam =(

Terima kasih.

- Nisa

Khairunnisa' said...

Alhamdulillah, Kak. Nasi ayam saya menjadi! All my hard work paid off, haha. Took me around two and a half hours untuk siap. Phew, sakit kaki Kak...

- Nisa

Related Posts with Thumbnails