Followers

Friday, February 11, 2011

Lelaki Jerman miliki 8 anak hasil hubungan dengan anak tiri

11/02/2011 2:51am

BERLIN 11 Feb. – Seorang lelaki yang dituduh melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya sehingga melahirkan lapan orang anak akan didakwa minggu depan, kata jurucakap mahkamah semalam.
Lelaki itu turut dituduh melakukan penderaan seksual ke atas anak tiri lelaki dan anak perempuan kandungnya.
Tertuduh berusia 48 tahun, yang menurut laporan media bernama Detlef S., seorang pemandu lori, menghadapi 350 pertuduhan penderaan seksual dan serangan seksual ke atas kanak-kanak di bawah umur.
Kejadian itu berlaku antara 1987 dan 2010 apabila lelaki itu disyaki mendera ketiga-tiga anaknya itu dan turut menyerahkan dua anak perempuannya kepada lelaki lain untuk ditiduri bagi mendapatkan wang.
Anak tiri perempuan itu kini berusia 27 tahun, melahirkan tujuh anak hasil hubungan dengan bapa tirinya yang kini berusia 11 hingga 15 tahun, kata peguam Katharina Hellwig. Manakala anak kelapan telah meninggal dunia.
Pihak berkuasa mengesyaki sesuatu selepas anak perempuan kandung lelaki itu, 18, menulis surat selamat tinggal kepada ibunya tetapi dihalang oleh saudara tirinya, kata Hellwig.
Lelaki itu ditangkap 10 Ogos tahun lalu dan sejak itu dia telah ditahan.
Ibunya yang berusia 50-an dijangka tampil sebagai saksi pada perbicaraan dan tiada pendakwaan dikenakan ke atas beliau, tambah Hellwig. - AFP

SUMBER: Utusan Online.

Ulasan: Sumbang marham sepatutnya tidak berlaku jika kuat pegangan agamanya. Tidak kira apa jua agama yg dianuti, sumbang marham tetap dipandang hina dan tidak boleh dimaafkan. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya melindungi zuriat yg telah diamanahkan. Bukannya bersikap haruan makan anak.

2 comments:

Anonymous said...

kalau sumbang mahram dalam kalangan orang jerman takpe lagi.ni kalau sumbang mahram dalam kalangan masyarakat kita memang tak tahulah nak kate apa

Nizam said...

macam-macam la sekarang kan...

Related Posts with Thumbnails