Followers

Tuesday, February 1, 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong


Ni menu dinner mlm tadi... simple aje...Rasanya org x pandai masak pun boleh masak  mcm ni.....walaupun simple anak2 amat menyukainya...Org2 bujang atau yg baru nak belajar masak boleh cuba menu ni... gerenti sedap punya..... bahan2nya pun rasanya sentiasa ada kat dapur rumah kita... Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Sotong - banyaknya ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sotong dah hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap. Kacau rata.
4. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

*Kacang panjang jgn masak terlalu layu. Lebih sedap dimakan jika rangup..

4 comments:

fara dean said...

salam..
waa sedapnya laukk..makan ngan ikn grng garing mesti sedap ni..
zu..rajinnya bercucuk tanam..bnyk hasil plak tu..bagus2 melestarikan alam skitar

SyafzMagz (Yen) said...

bestnye!!! kacang panjang campur sotong tu! (meleh air liur tgok gambar):)

bulat said...

sdap nye.. melelh air liur neh..

suri solehah said...

salam..simple ke tak simple janji orang yang nak makan kat umah kita sukakan itu paling penting..kalau akak dengan stong bagai tu dah tak simple dah tu..

Related Posts with Thumbnails