Salam Syawal buat semua rakan2 blogger.... walaupun agak terlewat mengucapkannya tapi rasanya kemeriahannya masih lagi terasa....Dah lama x berinteraksi di alam maya ni... x dak kesempatan...... ada saja halangannya..... banyak resepi2 terhimpun x sempat nak pos buat semua yg sudi membuka blog ni.....Oleh krn masa ni rasa sunyi sbb x dak org nak berbual.... maka teringatlah pula nak contact rakan2 di alam maya ni.... Si kecik ku dah tidoq.. my hubby pula kat Labuan menyertai kejohanan boling padang antarabangsa selama seminggu...
Resepi ari ni adalah resepi masa adik ipar aku dari Johor beraya kat sini pada hari raya ke-5 ari tu.... Depa semua x pernah makan rias pisang ni... rias pisang ni adalah batang pisang yg paling lembut atau dlm lain perkataan adalah umbut pisang.... bukan sebarang pisang yg boleh diambil riasnya.... hanya pisang hutan saja yg sedap dimakan krn riasnya lembut...Di Kedah ni gulai daging rias pisang ni selalunya dimasak semasa kenduri kahwin... ni kira lauk zaman dulu turun temurun.. Sesiapa yg biasa dtg kat Kedah tentu biasa makan gulai kawah... Gulai kawah ni.. ramuannya yg paling utama biasanya daging dgn rias pisang. Kalau nak tau sedap ke tak cubalah kalau x caye.... Nak jamu org Johor ari tu suami aku tebang 3 batang pokok pisang hutan kat kebun ....dapatlah seperiuk besar boleh makan hampir 20 orang... habis licin.... Jom layan resepinya....
Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 10 orang)
500 gm daging (lebih sedap klau daging no.2 - unt gulai mmg sedap)
Rias pisang (byknya ikut suka. Dipotong memanjang dan dicelur)
2 bungkus rempah kari daging ( saya guna rempah Babas)
3 mangkuk santan
garam secukup rasa
sedikit air
minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah4 ulas bawang putih
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga (byknya ikut suka)
Cara Membuatnya:
1. Daging dipotong , dibersihkan dan diperap dengan rempah kari dan bahan tumbuk.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Apabila daging dah lembut masukkan rias pisang yg telah dicelur. Kacau rata. Tunggu sehingga pecah minyak.
5. Masukkan santan. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (Biasa gulai ni x terlalu pekat) kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.Biarkan mendidih dgn api yg perlahan. Tutup api sedia untuk dihidangkan....
4 comments:
Salam kak ena,
Sepanjang sy tinggal di utara ni, baru dua kali sy berpeluang utk merasa gulai daging umbut pisang di majlis kenduri kahwin. Dh tak ramai org yg nk buat gulai kawah mcm ni. Mgkn pyh nk dptkn umbut pisang hutan. Gulai daging umbut pisang lebih sedap jika umbut pisang dh betul2 masak. Kalau umbut blm msk sepenuhnya, ia sdkt keras dn msh terasa kelatnya.
salam..
macm gulai kawah ye..sedapnya..mkn dgn sambal belacan..mantopp
Kalau nak umbut pisang hutan mai kat kebun kita....
Nak dapat rias yg bersesuaian agak rumit. Saya yg dok masak masak berpuluh tahun nak cari rias yg tidak kelat tidaklah rumit. Rata2 pisang hutan tidak kelat, tapi pisang yg kelat ialah pisang yg jenis kelat seperti pisang kelat keling atau restali, kelat raja . Bagi jenis pisang yg bersesuaian pon perlu kenak umbut yg lembut. Kerana pokok daun bergulung belum keluar akan memberi daun yg bergulung2 bukan rias yg bersesuain. Pokok yg telah mengeluarkan jantung rias atau umbutnya keras macam ubi kledek. Ada tempat di Baling dan Sik banyak guna rempah dan kerisik yg lebih dari tempat lain. Maka agak pekat. Baru sedap.
Post a Comment