Followers

Sunday, June 20, 2010

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

Dah hantar si kecik ke tadika, aku pun pi ronda kat pasar tani cari apa yang nak masak sempena hari bapa.
Sudah semestinya masakan ala kampung kegemaran suamiku... Maka terpandanglah rebung. Kalau masak lemak cili api tentu best punya..... Dah siap membeli apa yang patut tunggu apa lagi balik masak untuk makan tengahari.

Bahan-bahannya:
200 gm rebung
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan santan
2 ulas bawang merah
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Cili padi, bawang, dan kunyit ditumbuk separa halus.
2 .Masukkan santan, rebung dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
3. Masak dengan api yang perlahan. Kacau supaya bahan-bahannya sekata.
4. Apabila  mendidih masukkan udang,garam dan gula secukup rasa.
5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
6. Biar mendidih lebih kurang 5 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

* Masa penyediaan lebih kurang 15 - 20 minit.
Amat mudah dan ringkas. Cubalah..................

No comments:

Related Posts with Thumbnails