Followers

Friday, August 27, 2010

BABY SIEW PAK CHOY GORENG

Menu buka puasa ari ni simple aje... sup daging dgn sayur siew pak choy......  kali ni beli baby siew pak choy sbb x payah potong .....lagi pun nampak comel pulak..... Jom tengok resepinya....

Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 3 - 4 orang)
10 tangkai baby siew pak choy
10 ekor sotong
 cendawan telinga kera (banyaknya ikut suka)
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - dipotong nipis
1 uals bawang putih - diketuk
sedikit lada hitam ditumbuk halus
3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya:
1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah serta masukkan lada hitam. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan  sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan siew pak choy dan cendawan telinga kera. Jangan masak terlalu lama krn siew pak choy cepat masak. Angkat dan boleh dihidangkan..

* Siew pak choy juga boleh dicelur dahulu dan curahkan kuah di atasnya.
SELAMAT MENCUBA

3 comments:

Temuk said...

Salam zurena
Wow, sayur baby siew pak choy dimasak cara begitu pasti enak. Juga tentunya penuh khasiat. Boleh tanya, cendawan telinga kera perlu direndamkah & berapa lama? Kami tak pernah kami memasak cendawan itu. Cuma makan di kedai saja, sesekali.

Yan said...

Salam Zurena,

Saya paling suka masak dan makan sayur ni.Masak pun simple sgt

zurena said...

To Temuk.....

cendawan telinga kera ni boleh didapati di pasar atau pasaraya. Saya guna cendawan telinga kera yang fresh bukan yg kering. Biasanya yg fresh ni boleh dibasuh spt biasa saja x perlu rendam. Selamat mencuba.

Related Posts with Thumbnails