Bahan-bahannya (Hidangan untuk 4-5 orang)
Sebelah ayam dibersihkan dan dipotong ikut citarasa (digaul dengan garam kunyit)
1 cawan santan
1 cawan minyak untuk menggoreng ayam
setengah cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering (direndam dalam air panas dan dibuang bijinya)
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (boleh juga dititik)
Bahan tumis:
1 labu bawang besar dipotong nipis.
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam. Angkat dan toskan. (Jangan terlalu garing)
2. Tumis bahan tumisan dan apabila bawang telah layu masukkan bahan kisar. Masukkan sedikit air. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan santan, ayam goreng, garam dan gula. Kacau rata.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
*Minyak gorengan ayam boleh digunakan untuk menumis. Jangan guna terlalu banyak minyak bagi mengelak masakan kita terlalu berminyak.
*Santan boleh digantikan dengan susu rendah lemak.
*Masa penyediaan/masak 25-35 minit.
No comments:
Post a Comment