Bahan-bahannya ( Hidangan untuk 3-4 orang)
600gm tulang lembu - potong dan dibersihkan
3 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup dan daun bawang dipotong
Bahan A
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
sedikit lada hitam
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah dipotong halus
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
sedikit minyak
Cara membuatnya:
1. Masukkan air dan tulang lembu ke dalam periuk. Rebus sehingga dagingnya empuk(lembut).
2. Semua bahan A ditumbuk (diketuk) separuh lumat. Masukkan ke dalam air rebusan tadi.3. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
4. Masukkan garam, daun bawang dan daun sup ke dalam sup. Angkat.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis. Apabila bawang telah kekuningan, angkat kuali dan tuang semua bahan ke dalam periuk sup. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
* Masa penyediaan/masak bergantung kepada cepat atau lambat daging lembu lembut.
*Jika inginkan lebih pedas boleh tambah lada putih.
No comments:
Post a Comment