Followers

Sunday, June 6, 2010

Kari Udang kacang panjang

Bahan-bahannya: (Hidangan untuk 4-5 orang)

  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1 bungkus rempah kari udang (25 gram)
  • 2 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 6 urat kacang panjang - dipotong memanjang
  • 1 cawan santan ( Jika terlalu pekat masukkan sedikit air)
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji cili merah - dipotong halus
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan santan, rempah, asam keping dan bawang merah ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang sederhana. Kacau supaya rempah, santan dan bawang masak dengan sekata.
2. Apabila telah mendidih, masukkan udang, kacang panjang, garam.
3. Apabila udang telah masak (berubah warna) masukkan cili merah. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

* Mesti cuba resepi ini, terutamanya bagi yang sibuk bekerja kerana masa penyediaan/masak lebih kurang 10 minit sahaja.
* Udang boleh juga digantikan dengan kerang, siput retak ribu ataupun kepah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails