Followers

Sunday, December 26, 2010

Rais Tegur Artis Berpakaian Seksi




 KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.
"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.
"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.
Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.
"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.
Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.
Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.
"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.
"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.
Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.
Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

SUMBER: Mingguan Malaysia 26 Dis 2010

Kacang Botol Goreng

Kacang botol ni mmg sedap.... selain dimakan mentah sebagai ulam dan dibuat kerabu  ia jugak boleh digoreng... mmg best.. selalunya kami suka makan yg dah digoreng buat sayur dgn telur... nilah menu mlm tadi. Cukup menyelerakan..... Mudah aje penyediaannya.... amat sesuai bagi yg sibuk..

Bahan-bahannya:
Kacang botol - dipotong menyerong
1 labu bawang besar - dipotong
1 ulas bawang putih - dipotong
1 biji cili merah- dipotong menyerong
1 biji telur
sedikit ikan bilis digoreng garing
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga naik bau.
2.Masukkan kacang botol yg dah dipotong dan juga garam. Kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis yg dah digoreng. Kemudian pecahkan telur dan dikacau rata.
4. Bila dah rata angkat dan hidangkan.

* Masak jgn terlalu lama supaya kacang botol tu rangup bila dikunyah..

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR IMRAN...

Ari genaplah umur Imran Iqbal 15 tahun... Dah makin dewasa anak2 semua..X sedar masa berlalu begitu pantas sekali..... Imran anak ketiga ku, lahir sewaktu aku berusia 28 tahun... Waktu tu aku dikira ibu muda yg dah ada 3 anak.....Imran seorang anak yg amat dimanjai krn dia lahir selepas abangnya berusia 4 tahun dan mendapat adik pula sewaktu umurnya 9 tahun....  ia tidak cerewet... malah  seorang anak yg begitu ceria sekali.... seorang yg ringan tulang...suruhlah apa jua kerja padanya pasti semuanya beres. Hobinya yg paling utama adalah memancing....kalau diajak memancing tengah malam pun dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya.
Doaku semoga Imran menjadi anak yg soleh dan sentiasa menyenangi hati semua orang. Semoga Imran juga berjaya dalam semua bidang yg diceburi dan di mana juga Imran berada janganlah lupa kpd Tuhan yg satu. SELAMAT HARI LAHIR.....Jadikanlah insan yg berguna kepada keluarga, Masayarakat dan negara....INSYAALLAH...
Related Posts with Thumbnails