Followers

Thursday, February 3, 2011

Hsien Loong Gesa Rakyat Singapura Lahir Lebih Ramai Bayi

Gambar hiasan
SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong semalam menggesa rakyat republik ini melahirkan lebih ramai anak sempena Tahun Arnab dengan berkata, anak tambahan akan membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Hsien Loong, bapa empat anak, dalam perutusan Tahun Baru Cina berkata, usaha menggalakkan rakyat Singapura melahirkan lebih ramai anak adalah satu cabaran tetapi beliau berharap lebih ramai bayi dilahirkan pada Tahun Arnab ini.
Kadar kesuburan penduduk Singapura, jatuh kepada 1.16 tahun lalu, paras paling rendah pernah dicatatkan.
“Meskipun kaum pendatang boleh mengisi kekurangan penduduk, tetapi kita juga perlukan rakyat Singapura untuk melahirkan bayi secukupnya dan usaha itu ternyata amat mencabar,” katanya.

Singapura ketika ini mempunyai lima juta penduduk, seperempat daripadanya warga asing. - AFP
                                                                                                                       
SUMBER: Harian Metro 03.02.2011

Ulasan artikel : Anak adalah sumber rezeki. Jangan jadikan kelahirannya sebagai satu beban kerana anak ini adalah amanah dari ALLAH.

Wednesday, February 2, 2011

Soto Ayam

Cuti dah bermula, anak2 dah berkumpul dan x ketinggalan saudara-mara dtg bertandang. Anak saudara yg baru kahwin hujung tahun lepas, di kesempatan cuti dan balik rumah mentua singgahlah kat rumah bawa isterinya utk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Mulalah terfikir apa nak dijamu pada tetamu yg dtg... akhirnya nilah menu dinner yg sempat disediakan malam tadi. Resepi soto ni kalau ada bergedil lagi sedap.... tapi x sempat nak buat sbb ubi kentang dah habis.... terlupa nak beli......ape2 pun bedal ajelah.....

Bahan-bahannya:
 2 kampit nasi impit (direbus lebih kurang 45minit hingga 1 jam)- angkat dan toskan.
1 ekor ayam
3 liter air
Sedikit minyak
3 tangkai daun bawang dan daun sup -  dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
 6 ulas bawang putih
 3 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih
 4 biji buah keras
 4 batang serai dipotong halus

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak  dalam periuk. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang.
2. Apabila telah naik bau, masukkan ayam kacau rata.
3. Kemudian masukkan air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Masukkan  daun bawang dan  daun sup serta garam secukup rasa.
5. Keluarkan ayam dan toskan.
6.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng ayam. (Jangan terlalu garing)
7. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat.

Bahan hiasan:
1 genggam kacang tanah - digoreng
10 gm suhun - digoreng
sayur pucuk - digoreng (jika suka)
10 ulas bawang merah dipotong halus dan digoreng (dijadikan bawang goreng)
50 sen taugeh mentah (boleh juga dicelur)
2 keping tauhu digoreng dan dipotong dadu
3 tangkai daun bawang dan daun sup dipotong halus

Sambal Kicap:                        Cara Membuatnya:
15 biji cili api                              1. Tumbuk cili api dan bawang putih
4 ulas bawang putih                    2. Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
1 1/2 sudu besar gula                  3. Kacau rata
kicap

Tuesday, February 1, 2011

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong


Ni menu dinner mlm tadi... simple aje...Rasanya org x pandai masak pun boleh masak  mcm ni.....walaupun simple anak2 amat menyukainya...Org2 bujang atau yg baru nak belajar masak boleh cuba menu ni... gerenti sedap punya..... bahan2nya pun rasanya sentiasa ada kat dapur rumah kita... Jom layan resepinya.....

Bahan-bahannya:
Sotong - banyaknya ikut suka (bersihkan dan toskan)
Kacang panjang-dipotong menyerong
1 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar -dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
sedikit kicap manis
1 sudu teh kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan sotong, kunyit serbuk dan garam. Kacau rata.
3. Apabila sotong dah hampir masak, masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dan kicap. Kacau rata.
4. Bila dah masak, angkat dan bolehlah dihidangkan.

*Kacang panjang jgn masak terlalu layu. Lebih sedap dimakan jika rangup..
Related Posts with Thumbnails