Followers

Wednesday, November 27, 2013

Asam Pedas Kedah


Sebut saja asam pedas ... ada mcm2 versi ikut negeri masing2... Kat umah ni selalunya ada 2 versi yg selalu dimasak iaitu Kedah ngan Johor. Anak2 pun x kisah mana2 versi.. dua2 suka. Tapi kalau nak berdiet tu... asam pedas Kedah yg paling sesuai kerana x pakai minyak cuma rebus aje... Jom kita layan resepinya...

Bahan-bahannya:
Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk/Giling
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
4. Bila dah masak angkat dan hidangkan...

* Bendi boleh digantikan dgn timun atau ubi keledek
* Ikan ikut kesukaan anda
* Jika suka boleh masukkan hirisan bunga kantan.
* Jika inginkan lebih pedas tambahkan cili kering.

Tuesday, November 26, 2013

Spaghetti Meatball



Salam semua....

Dok online PBS.... x dpt2 nak key in... mulalah menjelajah blog rakan blogger yg dah lama x dilawati... Maka terjumpalah satu blog yg menarik gak resepinya...Rasa2nya nilah menu utk ari ni....semua bahan dah ada.... Resepi ni hanya copy paste dari rakan blogger http://fiddtanjung.blogspot.com/


Untuk Sos:

500 g      Mince beef (daging cincang)
2 biji       Bawang besar ( chopped finely)
Sedikit    Coriander leave (optional)
2 cans     Chopped Tomato
2 tbs       Tomato puree
4 tbs       Olive oil
Fresh herbs or dry mixed herbs

Cara:

Gaulkan bersama mince beef, 1 bawang dan coriander leave, masukkan garam secukup rasa.
Bulatkan mengikut saiz yg dikehendaki. 
Panaskan minyak, masak meatball sekadar untuk seal bhgn luar sahaja (separuh masak)
Keluarkan meatball dari kuali. Minyak yg lebih sauteed lebihan bawang.
Kemudian masukkan kedua2 jenis tomato. Renihkan sebentar.
Masukkan semula meatball. 
Masukkan semua herbs yg digunakan dan garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana sehingga meatball masak.

Utk Spaghetti

Masak mengikut instruction kat packet spaghetti tu.

Posted by at 

Monday, November 25, 2013

PBS Punya Hal...

Salam buat semua blogger yg selalu ke dapur saya ni...

Dah lama x update blog. Kesibukan mengatasi segala-galanya.....Klau dulu cikgu dikatakan kerjaya yg paling diminati krn byk cuti dan kerja separuh hari.... tapi sebaliknya ari ni....cikgu dah kerja 24 jam mcm kedai mamak, kedai 7 eleven buka 24 jam..... tiada lagi keseronokan menjadi seorang guru.... klau dulu sambil mengajar boleh mendidik anak-anak murid.... kini cikgu semua dok sibuk nak habiskan buat PBS dok ligan pelajar sana sini... belum cakap lagi pasai nak online PBS dalam sistem.... entah apa sistem yg depa buat ni pun x tau lah... kat sekolah dah penuh dgn lambakan kertas PBS .... kat umah usah ceritalah dah mcm pusat lambakan kertas untuk dijual.... semua perlu disemak, kemudian online pulak... kalau 10 orang x kisah sgt.. ni beratus org pelajar  ... nak online   sorang pelajar dalam sistem ambil masa 20-30  minit cuba bayangkan kalau beratus... tu pulak kena online pukoi 2-4 pagi...tu kalau boleh online kekadang tu hampeh... langsung x leh buka... server down.. lagi tension... sebab date line dah dekat...

                                                          Gambar dari google.

Klau dulu bila time cuti aje...boleh pi bercuti sana sini.... anak2 pun cukup happy... Tapi la ni jgn kata nak pi cuti.... nak buat cucoq pun x dan....apatah lagi nak reka resepi baru..... kesian kat anak2 dgn suami kekadang tu nak ajak pi jln2 ... maknya pulak dok sibuk depan komputer... dah jadi burung hantu... berjaga mlm..... Ini hanya secebis kisah menngenai cikgu2 ari ni.... sapa pilih kerjaya cikgu kerana terpaksa bukan kerana minat... berfikirlah sejuta kali..... sebelum beban ini menghantui anda....
Related Posts with Thumbnails