Followers

Tuesday, July 13, 2010

UBI KAYU GORENG BEREMPAH

Sarapan ari  ni paling simple..... kesukaan my hbb... apalagi buah tangan dari kampung. Ubi kayu yg byk ditanam keliling rumah... Klau kat bandar semua ni kena beli.... nak tanam mcm mana x dak tanah.. Kat kampung pi saja cabut kat tepi rumah.... tu lah bila dok kg jimat kos sbb x payah beli benda2 mcm ni... Jom tengok resepi pagi ni......

                                    Ubi kayu yang telah diperap dengan rempah

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ubi kayu (dibersihkan dan dipotong memanjang)
Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
Sedikit ketumbar
1 sudu kecil kunyit serbuk @ 1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan tumbuk dengan ubi kayu.
2. Perapkan lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan bolehlah  dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal kicap.

Selamat Mencuba........

5 comments:

Ina said...

ubi kayu rebus sedap kak dicicah ngn kelapa parut...mak mertua lalu pun x sedar...hehehe...

Zaitun said...

Salam kenal

Ubi goreng berempah tentu sedap,selalu kak Zai goreng dengan garam saja.

RinnAzrinah said...

salam kenal... sedap x ubi goreng rempah nih???... nak try buat laa nnt...

zurena said...

sesekali tukar selera....

nur said...

mintak izin kopi ye ..

Related Posts with Thumbnails