Kesibukan melayan kaum keluarga dari Johor dgn juadah hari raya.rasanya x lengkap kiranya x melawat tempat menarik kat Kedah ni.... Bukan senang masing2 nak dpt cuti panjang....Sejak dibuka pada tahun 2004 nilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini... x ada kesempatan... sedangkan dulu nilah laluan aku pergi mengajar hari2 hingga tahun 1999. Pada waktu tu projek muzium ni baru dlm perancangan..... tapi segala-galanya telah berubah kini dgn kemajuan yg sungguh menakjubkan.... bukan setakat muzium padi saja malah Pusat Sains Negara cawangan Utara juga ada di sebelahan. Tapi ari tu x sempat nak pi sbb hujan terlalu lebat..... tak pa lain kali boleh pi lagi.
Muzium Padi ni terletak berhampiran dgn Pusat Reakrasi Gunung Keriang yg terkenal dgn batu kristalnya yg cantik.... Bayaran masuk ke Muzium Padi ni dikenakan sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM2 utk kanak2 berusia 7 tahun ke atas.Di dlm Muzium ni dipamerkan cara2 padi ditanam sehinggalah dituai.... selain pameran alatan yg digunakan utk menanam padi dari tradisional kepada moden.. amat sesuai didedahkan pada anak2 ari ni betapa susahnya org pada masa dulu nak menghasilkan padi sehingga menjadi beras... jgn tau makan saja.....
Apa yg paling menakjubkan apabila naik ke tingkat atas muzium ni...... Antara percaya dgn tidak.... sebuah lukisan tangan paling besar yg pernah saya tengok... terlalu berseni hingga x ternilai dgn kata2...... x rugi bayar RM3..... Lukisan yg menggambarkan suasana kampung yg dikelilingi dgn sawah padi dan aktiviti yg dijalankan di kg di negeri Kedah.... Kalau sapa nak rasa suasananya mailah kat sini.... segala-galanya tergambar di sini.... Gambar pemandangan yg dipaparkan di sini adalah lukisan semata-mata.... Jom kita layan gambar2 menarik yg sempat dirakamkan....
Gambar2 yg dipaparkan dlm blog ni hanya sebahagian saja..... Kalau nak lihat sendiri suasananya jangan lupa .... bila mai kat Kedah dtglah melawat Muzium Padi dan tempat2 lain yg menarik di negeri ini.... Jumpa lagi ye.....
2 comments:
seronok tgk suasana kampung dan sawah padi kan..elok sgt ada muzium ni, blh jugak generasi muda2 tahu bagaimana susah org2 dulu menanam padi..saya dh merasai pahit maung menjadi anak petani..
Salam,
bagus kalau dapat bawak anak2 ke tpt2 cam ne. boleh diarang belajar..kita pun sama kan..
Post a Comment