Followers

Thursday, November 11, 2010

Gulai Telur Ikan


Dah lama rasanya x makan telur ikan....  ari tu  masa antar anak balik asrama singgah  pasar ptg kat Yan... terpandanglah pulak telur ikan... suamiku dan anak2 cukup suka dgn telur ikan ni...apalagi kalau dimasak gulai  (kari)...pasti menjilat jari... Telur ikan ni bukannya senang nak dpt....kalau terjumpa org jual tu kira nasiblah...Kalau telur ikan kembung tu selalulah makan....Jom kita layan resepinya....

Bahan-bahannya:
Telur ikan - (telur ikan duri @ sembilang ) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak.
1 bungkus serbuk kari ikan
1 mangkuk santan
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa






Bahan tumis:
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai daun kari ( jika suka )
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2 .Masukkan rempah. Kacau rata. Masukkan air asam jawa.
3. Masak sehingga rempah masak. (pecah minyak)
4. Masukkan santan kacau rata. Masukkan telur ikan. Kacau sekali sekala. Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
 5. Biarkan gulai itu mendidih dgn api yg perlahan.  Kacau sekali-sekala. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

6 comments:

KiD said...

ermmmm... ni telur ikan baguk eh?
sama je macam kid makan kat kampung mertua..
tapi masak lemak.. sedappp.!! :)

BUJANG SUSAH said...

ermmm.. mcm sedap jer kak.. pos kat saya sikit.. hehehee

Lin Rosly said...

Telor Ikan Apa Tu Zurena? Nampa Besar2

Anonymous said...

nampak sedap....tapi telur ikan ni half cook lagi sedap,bila makan,pecah dalam mulut...emmmm...

saya nak kongsi resepi....

telur ikan baguk saya kukus lebih kurang 5 - 8 minit....(belah karungnya)

saya tumis:
cili kering 10,tomato 2 biji(kecil),asam keping 2 keping,serai 3 tangkai,bawang merah besar 1 biji,halia sikit....blend sumanya hancur...then tumis....dah pecah minyak tu buh sikit sos tiram n garam....then masuk telur ikan yg dikukus tu...gaul sikit2...siap....sedap....cubalah...

Bulan Purnama said...

ari ni chef nak buat, klu x co.chef yg akan jlnkan tugas

yatt abdullah said...

Sungguh sedap.. dah try resepi ni..thanks ats perkongsian tau...

www.mamadasuki.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails