Followers

Wednesday, November 10, 2010

Nasi Goreng Sambal Belacan


Menu breakfast pagi ni simple aje.... guna lauk-pauk yg x abis dimakan pada malam tadi. Drp dibuang begitu saja lebih baik buat nasi goreng. Kalau kat restoran.... menu macam ni mau 4 ringgit sepinggan. Kalau satu family boleh tahanlah jugak.... apa kata buat aje sendiri...rasanya pasti sedap...  kalau sape2 ada lauk yg x abis dimakan boleh kasi campur semua bahan dan goreng hingga sebati...best...pasti x cukup lak.. Cuba jangan x cuba tau...


Bahan-bahannya:

Nasi putih
Ikan goreng - disiat-siat
Daging kicap
Sambal belacan
Garam dan gula secukup rasa
(Kalau ada sayur2 yg x abis bolehlah masuk gak)

Bahan Tumis:
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
sedikit minyak

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan sambal belacan, garam dan gula secukup rasa
3. Masukkan lauk-pauk dan sayuran (jika ada). Kacau rata.
4. Kemudian masukkan nasi putih . Kacau rata
5. Balik-balikkan nasi goreng hingga masak sekata. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Lauk-pauk terpulanglah kpd citarasa masing2...

3 comments:

AiTotYati said...

salam,

audh lapar perut Ai lihat nasi ni. sedapnyeeee...

ozzy said...

salam..

Saya mmg penggemar nasi goreng.. betul tu lauk yg x abis blh dibuat nasi goreng cuma belacan saya x berapa suka hehe

Lin Rosly said...

Salam Ina...

Berlari-lari Kak Lin Nak Tgk Nasi Goreng Sambal Belacan...Sambal Belacan Tu Mmg Fav Kak Lin....

Boleh Cuba Ni Nanti...Kak Lin Nak Buat Pedas2 Biar Berasap Telnga...HiHiHi

Related Posts with Thumbnails