Followers

Saturday, February 12, 2011

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun M

http://www.perdana.org.my/emagazine/wp-content/uploads/mahathir-mohamad.jpg

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.
Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.
''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.
''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

SUMBER: Utusan Online -12/02/2011

Ulasan: Sampai ari ni saya masih lagi kabur dgn istilah 1Malaysia. Macam2 pendapat mengenainya. Ada sapa2 yang boleh bagi tau maknanya yg sebenar ...?

5 comments:

Anonymous said...

Setuju.. paling ketara bila company2 secara terbuka meletakkan syarat perlunya anda seorang chinese untuk menjawat jwtn yang mereka ada. sayang sekali company2 itu kadang kalanya dahulunya adalah milik bumiputera tetapi skrg HR dipegang oleh bangsa lain. tolak tepi soal politik, tetapi klu masih nak merendah diri dan bersikap terlalu bertolak ansur, generasi kita akan hilang punca rezeki di negara sendiri.

Chempaka Aziz said...

tak suka dgn istilah 1 m'sia.dalam diam sbnrnya kita rela melepaskan hak kita pada bkn mlyu atas dsr 1 m'sia...inilah menybbkan mrk rasa bsr diri,bsr kepala dan semuanya...tak suka

Chempaka Aziz said...

tak suka dgn istilah 1 m'sia.dalam diam sbnrnya kita rela melepaskan hak kita pada bkn mlyu atas dsr 1 m'sia...inilah menybbkan mrk rasa bsr diri,bsr kepala dan semuanya...tak suka

muslim said...

1 malaysia???pe tu..

muslim said...

semuanya pokok pngkl usaha kita...org melayu terlalu leka...masih bnyk yng brgantung..mcm ne nk maju....konsep satu malaysia xsetuju..sbb 2 da jatuhkn org melayu..mmg la nk bg perpaduan..tp jgn la sampi nk samakan..jgn besok negara tergadai baru nk mengelabah..

Related Posts with Thumbnails