Followers

Wednesday, June 30, 2010

JAMUAN NASI LEMAK

Ari ni aku kena bangun awal pagi masak nasi lemak utk anak sulungku..... nak buat jamuan kat staf tempat dia buat pratikal di Hospital Sultanah Bahiyah....... esok ari last dia kat sana....Jadi  sebagai tanda ucapan terima kasih tak tertingga pada staf kat sana aku cadangkan buat sikit jamuan....Dia tanya aku... pasai apa kena buat jamuan.....aku kata nak bagi orang ingat dan menghargai mereka2 yg dah byk tolong tunjuk ajar kat kita semasa latihan.. Tu lah budak2 muda masa kini.... kurang mengetahui dan mempelajari ilmu menghargai orang.... kitalah yg perlu bertindak sebagai  tuan penasihat...... betoi tak?  Ok setuju....... dari byk2 menu nasi lemak yang dia pilih..... Layan ajelah.... 

Ni lauk-pauk yang sempat dimasak........ macam mana ok tak?

Udang goreng berempah                                                                 nasi lemak
Ayam masak merah


Untuk makan kat rumah, aku gantikan udang goreng berempah dgn daging goreng kunyit krn. nak masak daging ada kalangan staf tak makan daging dan ada yang berbangsa India.... Jadi kitakan 1 Malaysia kena menghormati kaum lain...... betoi tak?....

Di sini aku berikan resepi nasi lemak, daging goreng kunyit dan udang goreng berempah.....


 
NASI LEMAK

Bahan-bahannya
500 gm beras (dibersihkan dan ditoskan)
1 cawan santan
5 cawan air
1 sudu kecil halba
3 ulas  bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
2 helai daun pandan
1 batang serai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya.
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
2. Masak hingga masak.


 
DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya
Daging dipotong nipis ( dibersihkan dan ditoskan)
Bawang merah , bawang putih dan halia dikisar atau ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
Sedikit minyak
sedikit air

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau...
2. Masukkan daging dan kunyit serbuk.
3. Kacau rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Masak sehingga pekat dan bolehlah diangkat..


 
UDANG GORENG BEREMPAH.

Bahan-bahannya

1 kg udang saiz sederhana
2 labu bawang besar dipotong nipis
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan perap:
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Udang dimasukkan kedalam bekas dan diperap dengan bahan2 perap selama 20 minit @ lebih..
2. Panaskan minyak dan tumiskan udang yang telah diperap..
3.Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat.
4. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan daun kari.. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan wangi.
5. Masukkan Udang yang digoreng tadi.
6. Masak sehingga udang masak. Angkat dan bolehlah dimakan........
MUDAHNYA........















 

Monday, June 28, 2010

RENDANG PEDAS AYAM

Sebut saja rendang rasanya dah macam nak raya. Bila aku suruh anak bujang aku tolong kacau rendang kat atas dapur.... dia pun kata macam nak raya... Sabar.... ramadhan belum datang lagi.........Tapi apa salahnya kalau buat rendang untuk makan ari ni kan...... Ni bukannya apa sbb emaknya x pernah buat rendang time mcm ni....

Bahan-bahannya:

8 ketul ayam
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering - dibuang bijinya
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai - dipotong
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
2. Jika terlalu pekat, tambahkan air supaya ayam masak sepenuhnya
3. Panaskan kuali dengan api yang sederhana.
4. Sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
5. Masak sehingga pekat (semua rempah bersalut pada ayam)
6. Angkat dan boleh dihidangkan

* Boleh dimasukkan daun kunyit @ daun limau purut supaya lebih wangi..

Sunday, June 27, 2010

SAMBAL TUMIS BILIS + PETAI

Lunch tadi inilah lauk yang sempat dimasak sblm pi kerja..Buka peti ais tengok bahan yang ada ....... petai ni kalau masak sambal tumis pasti mengancam.... Petai ni yg lebih masa pi kebun ari tu... Jom kita tengok apa bahan2 sambal ni.
Bahan-bahannya:
3 papan petai
1 genggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering dibuang bijinya
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
3. Apabila hampir pekat masukkan , petai, ikan bilis, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang  5 minit. Siap bolehlah dihidangkan...

* Petai juga boleh dimasak tanpa membuang kulit luarnya. (ikut citarasa sendiri)
* Jika inginkan  lebih pedas, bolehlah ditambah cili kering.
Related Posts with Thumbnails