Followers

Friday, July 30, 2010

SUP AYAM KAMPUNG



Tentu ramai yg x  gemar makan ayam kampung.... katanya x sedap sbb dagingnya yg liat,  lambat dan leceh untuk dimasak.... Tpi bagi aku ayam kg adalah yg terbaik utk dimakan krn rasanya yg semulajadi dan juga selamat utk dimakan krn x kena suntik kat sana kat sini.......... lagi pun ayam kg ni baik utk org yg berpenyakit..... Itu pun cuma pendapat aku ajelah x buat kajian lagi da.... Jom kita layan resepi kita ari ni.....

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:
1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Monday, July 26, 2010

4 PERKARA.....

Artikel ini saya copy dari Ustaz Ahmad Huzaifah b Fauzi yg merupakan mahasiswa Al-Azhar, Mesir... Terima kasih ustaz krn benarkan saya copy artikel ini.... semoga kita sama2 mendapat pedoman  dan panduan darinya...

Sayyidina Ali Bin Abi Talib R.A berkata:
” Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:

1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2-Bersifat dermawan ketika susah.
3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti".

Rasulullah SAW telah bersabda:

من كف غضبه وبسط رضاه وبذل معروفه ووصل رحمه

وأدى أمانته أدخله الله عزوجل يوم القيامة فى نوره الأعظم – رواه الديلمى .

Bermaksud:

"Sesiapa dapat menahan marahnya, melapangkan keredhaannya, menyebarkan kebaikkannya, menghubungkan silatul rahim dan menunaikan amanahnya, Nescaya Allah Azzawajalla pada hari kiamat mengurniakan kepadanya CahayaNya yang Maha Agong"._H.R. Ad-Dailami.

Sayyidina Saad Bin Hilal R.A Berkata :

” Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat:

1-Rezekinya tidak akan hilang darinya.
2-Kesihatan tidak akan hilang darinya
3-Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia.
4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.

Semuanya ini kerana sifat Allah Yang Maha Mengasihani kepada hamba-Nya.

Nota :
Wahai saudara-saudari, maksud dari nikmat-nikmat tersebut adalah sebagai peringatan dari Allah SWT, yang mana rezeki, nikmat kesihatan, balasan di dunia dan azab daripada Allah SWt tidak akan datang kepada pelaku maksiat sekelip mata kerana Allah SWT Maha Suci dari tidur dan lupa, sepatutnya pelaku maksiat tidak perlu menunggu kedatangan azab Allah SWT baru bertaubat, kerana jika taubat sebegini adalah seburuk-buruk taubat dan tidak memberi apa-apa erti kepada Allah SWT. Jika Allah menerima taubatnya, dia tetap tidak layak menduduki Syurga Firdaus kerana Syurga Firdaus hanya di diami mereka yang tidak pernah melakukan dosa walaupun sebesar zarah.

Sementara pelaku maksiat yang tidak pernah ditimpa azab dan kesusahan di dunia ini, pasti mereka akan menerima azab sepenuhnya atau 100% dari Allah SWT tanpa ada pengurangan sedikit pun di Akhirat kelak. sudah pasti azabnya amatlah dahsyat. Nikmat dan kesenangan hidup yang dia nikmati di dunia dahulu bukanlah nikmat pada hakikatnya kerana Allah memberi nikmat dan kesenangan tersebut tanpa redha tetapi nikmat tersebut diberi secara campak kepadanya dan di dalam keadaan marah dan murka daripada Allah SWT. Tanpa disedari oleh pelaku maksiat tersebut, sebab itulah taubat yang dipersembahkan kepada Allah SWT tidak diendahkan oleh Allah SWT, malah Allah SWT telah mentaqdirkan kepadanya sebagai ahli atau penghuni tetap di dalam neraka, sebagaimana Firaun dan Qarun.

Petikan:
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/31/4-perkara-yang-sukar-dilakukan/ & http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/31/4-kelebihan-kerana-melakukan-dosa/

Sunday, July 25, 2010

Masak Lemak Udang + Belimbing Buluh


Sekarang ni klau pi pasar ke pasar tani ke pasar malam ke....  buah-buahan   tempatan sana-sini. Teringin saja nak beli tpi serba-salah juga.... sbb si kecik ku x berapa sihat...... batuknya masih x lega lagi..... badannnya pulak sekejap panas sekejap ok.... dlm pada kempunan nak mkn buah terutamanya buah dokong..... terpandanglah  mak cik jual buah belimbing buluh..... kesian pula bila tengok dia....  Nampak gayanya inilah rezekiku hari ni...... buat masak lemak tentu bestkan...... Jom kita layan resepi ni....

Bahan-bahannya:
300gm udang sederhana besar (dibuang kepalanya dan dibersihkan)
belimbing buluh (byknya ikut suka - jika besar belah 2)
1 batang serai dititik
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk:
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 inci kunyit hidup

Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan, serai dan panaskan dengan api yang perlahan.
2. Masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan daun kunyit.
3. Akhir sekali masukkan udang dan garam serta gula secukup rasa. Bila udang telah masak, tutup api dan sedia untuk dimakan.....

* Pastikan dimasak dgn api yg perlahan.
* boleh juga dimasukkan daun limau purut jika suka
* Jika inginkan pedas boleh masukkan lebih cili api.
SELAMAT MENCUBA...
Related Posts with Thumbnails