Followers

Tuesday, June 8, 2010

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahannya: (Hidangan 4-6 orang)

8 ketul ayam yang telah dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 cawan air
daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai - dititik
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 - 15 tangkai cili kering dibuang bijinya

Bahan tumis:

Sedikit minyak masak
1 labu bawang besar

Cara Membuatnya.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata. Apabila rempah telah masak masukkan air.
3. Apabila telah mendidih masukkan ayam, serai, daun kesum, air asam jawa dan bunga kantan yang telah dipotong.
4. Masak  ayam sehingga masak dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Biarkan masakan mendidih lebih kurang 10 -15 minit supaya kuah tidak terlalu cair. Kacau rata.
6. Apabila sudah cukup rasa dan kuah separuh pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan.


* Jika suka boleh masukkan  potongan nenas atau tomato ke dalam kuah.
* Masa penyediaan/masak 30 - 40 minit.
Selamat mencuba. Pasti menyelerakan.

2 comments:

Khairunnisa' said...

Di step nombor 2 tu, nak letak berapa banyak air?

Resepi ini cukup ke untuk 4 orang makan? :)

http://ohmonstar.blogspot.com

zurena said...

msuk agak2 1@2 cawan...ikut selera..klau nak kuah byk masuklah lebih sikit.. tpi kalau cair x berapa best....mmg cukup untuk 4 orang..

Related Posts with Thumbnails