Followers

Sunday, June 20, 2010

PUCUK UBI REBUS CICAH SAMBAL TAHUN

Oleh kerana menu hari ni ala kampung, lepas beli rebung ternampak pulak pucuk ubi...... terbayanglah kalau cicah dengan sambal tahun ni pasti terangkat punya.  Ingatkan anak-anak tak suka tapi depa pulun sakan sampai licin pinggan. Kalau tak caye cubalah resepi ni.....

Bahan-bahannya.
2 ikat pucuk ubi dicelur

Bahan sambal tahun:
1 genggam ikan bilis
10 biji cili api (jika nak pedas boleh tambah lagi)
sedikit belacan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu  besar minyak masak untuk menumis
2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Semua bahan sambal kecuali minyak dan air asam jawa ditumbuk separa lumat atau lumat ikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan air asam jawa dan masak hingga hampir kering atau kering mengikut kesukaan.
4. Angkat dan sedia untuk dimakan.

*Sambal ini tahan hingga beberapa hari/minggu
*Sesuai dimakan bersama nasi, lempeng, ubi kayu rebus dan keledek rebus
*Juga boleh digunakan sebagai pes untuk masak nasi goreng.
*Resepi yang paling mudah disediakan. Masa penyediaan/masak 15-20 minit.
Try jangan tak try...

8 comments:

yan said...

Wong jowo je yg tau sambal taun ni..U wong jowo ke?

zurena said...

Tak. Suami orang Johor. Bapa mertua orang Jwa. Dah 22 tahun asyik masak ala jawa dan johor. Sambal ni mak mentua ajar.....

yan said...

Suami i pun org Jawa... Nak blajar buat sambal taun tak penah pass.. Kalau balikkg dia, wah..berbahagia dia...

zurena said...

20 tahun asyik masak ala jwa saja mestilah pas. Masakan kedah ni dah makin jarang.............

yan said...

ngomong jowo nya iso orak?..hee.. i sikit2 je..

zurena said...

boleh juga. saya tak leh langsung

yan said...

tp depan Hubby, malu, dia selalu kondem..geram je..

zurena said...

my hubby pun tak pandai ngomong jwa. Cakap sikit2 tu bolehlah.

Related Posts with Thumbnails