Followers

Tuesday, November 29, 2011

Asam Pedas Keladi ala Kedah

Kat Kedah ni... sayur keladi selalunya dibuat asam pedas. Sedap dimakan dgn nasi ulam ataupun nasi putih....tapi bagi sesetengah org sayur keladi ni katanya pembawa penyakit antaranya sakit urat.... sejauh mana kebenarannya tu x taulah....setakat ari ni kami makan ok aje....ape2 pun kena berhati-hati jugak pasai makan ni... sbb byk penyakit ari ni berlaku....penyebabnya adalah makanan..... betoi dak? Kesihatan  perlu diambil berat. Ada duit berjuta pun x guna kalau kesihatan x dijaga....... Jom layan resepi ari ni...

Bahan-bahannya:
Batang keladi - disiat kulitnya, dipotong, dibersihkan dan dicelur hingga lembut(Masukkan 2 keping asam gelugor semasa mencelurnya) - toskan
1 - 2 ekor ikan kembung -direbus dan diambil isinya.(boleh digantikan dgn ikan bilis)
2 - 3 keping asam gelugor
1 batang serai- dititik
daun kesom
sedikit  air
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
5 tangkai cili kering-  direndam dan dibuang bijinya.
5 ulas bawang merah
Isi ikan/ ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam
sedikit belacan - jika suka

Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Masak dgn api yg sederhana.
2. Biarkan mendidih seketika. Kacau rata dan sedia utk dihidangkan.



Wednesday, November 23, 2011

Masak Lemak Cendawan Sisir

Dah lama rasanya x masak cendawan sisir ni.... sukar nak jumpa org menjualnya... ada sesetengah org cendawan ni dikenali juga dgn cendawan kukur.... Kalau dulu  dpt beli dgn harga RM1... tpi kini.. harga paling minima RM3... bukannya byk sgt pun.... rasanya cuma segenggam aje... tapi x kisahlah kalau dah nak makan.... Kalau nak tau sedap ke x sedap cendawan ni....cubalah resepi kat bawah ni.... selepas makan pasti lepas ni pi cari lagi....

Bahan-bahannya:

cendawan sisir - dibersihkan  dan ditoskan
1 cawan santan
sedikit ikan bilis - dibelah
1 batang serai - diketuk
1 -2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa.


Bahan Tumbuk / Kisar:
3 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
kunyit hidup
5 biji cili api (kalau nak lebih pedas  lebihkan cili api) - boleh diketuk aje jika x suka pedas.

Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau perlahan-lahan di atas api yg sederhana sehingga mendidih.
3. Angkat dan boleh dihidangkan.



Monday, November 21, 2011

Sup Sayur Labu Siam

Pernahkah anda tengok atau makan labu siam ni?...kalau yg pernah tentu tau cara nak masaknya. Labu siam ni banyak dijual di pasar atau supermarket. Bentuknya lebih kurang macam jambu batu.... boleh dibuat mcm2 masakan .... tapi kat umah ni anak2 paling suka buat sup atau pun buat sayur air  (sayur bening) aje. Jom layan resepinya.



 Bahan-bahannya:
1 biji labu siam - dibuang kulit dan dipotong dadu.
daging - byknya ikut suka - dipotong nipis (boleh digantikan dgn ayam atau udang)
sedikit suun -direndam
sedikit pucuk - direndam
1 biji cili merah - dihiris menyerong
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
sedikit air
sedikit minyak - utk menumis
garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah.
2.Masukkan daging. Kacau rata. Masukkan air. Masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan labu, suun dan  sayur pucuk. Bila labu dah masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Angkat dan bolehlah dihidangkan...


Related Posts with Thumbnails