Followers

Saturday, August 28, 2010

MINUMAN RAJA

Minuman ni adalah kegemaran kami sekeluarga. Aku belajar buat minuman ni  dari seorang pensyarah semasa aku sedang menyambung pengajian dlm bidang perguruan pada tahun 1985. Lebih 20 tahun dah dok buat minuman ni....... bila aku cerita kat anak2 dari mana dpt resepi dan belajar buat minuman ni depa pun taruh nama minuman raja sbb minuman ni dulu dihidangkan untuk santapan raja sebagai pencuci mulut dan ketika itu aku dan rakan2 ditugaskan menyediakan minuman ni selama hampir 3 tahun. Cukup mudah dan sedap... tpi x boleh minum selalu takut kena  kencing manis pulak........ Untuk resepi/menu hari ni semuanya dah diubah suai mengikut kesesuaian. Bukannya apa.... petang semalam tiba2 aje tergerak nak buat minuman ni tapi bahannya x ada jadi ambil saja apa yg ada dlm kabinet dan dlm peti sejuk.... kira oklah juga..... Sebenarnya saya rasa ramai yg pernah buat fruit cocktail ni cuma nama saja yg lain. Jom layan resepinya...

Bahan-bahannya (hidangan utk 3 - 4 orang)
1 biji buah naga - dipotong dadu
1/2 tin laici termasuk airnya
1/2 tin nanas termasuk airnya
1/2 botol besar air ais cream soda / 7 up
ais kiub


Cara membuatnya:
1. Semua bahan  dan 1/2 drp  ais kiub dimasukkan ke dalam bekas/mangkuk.
2. Kacau rata.
3. Bila nak makan/minum masukkan ais kiub ke dalam bekas dan ceduk campuran  minuman tersebut.


* Buah-buahan boleh digantikan mengikut kesukaan masing2
*Boleh menggunakan fruit cocktail sahaja tanpa campuran buah-buahan yg lain.
CUBA JANGAN TAK CUBA......

3 comments:

Azian Elias said...

Salam Kak Zurena,

rasa macamnak cuba lah sat lagi ...Mengancam kan warnanya

Rose kakrose said...

pasni nak cari buah naga..

sweetsal said...

sedapnye minuman berwarna warni..meriah sungguh..

Related Posts with Thumbnails