Minuman ni adalah kegemaran kami sekeluarga. Aku belajar buat minuman ni dari seorang pensyarah semasa aku sedang menyambung pengajian dlm bidang perguruan pada tahun 1985. Lebih 20 tahun dah dok buat minuman ni....... bila aku cerita kat anak2 dari mana dpt resepi dan belajar buat minuman ni depa pun taruh nama minuman raja sbb minuman ni dulu dihidangkan untuk santapan raja sebagai pencuci mulut dan ketika itu aku dan rakan2 ditugaskan menyediakan minuman ni selama hampir 3 tahun. Cukup mudah dan sedap... tpi x boleh minum selalu takut kena kencing manis pulak........ Untuk resepi/menu hari ni semuanya dah diubah suai mengikut kesesuaian. Bukannya apa.... petang semalam tiba2 aje tergerak nak buat minuman ni tapi bahannya x ada jadi ambil saja apa yg ada dlm kabinet dan dlm peti sejuk.... kira oklah juga..... Sebenarnya saya rasa ramai yg pernah buat fruit cocktail ni cuma nama saja yg lain. Jom layan resepinya...
Bahan-bahannya (hidangan utk 3 - 4 orang)
1 biji buah naga - dipotong dadu
1/2 tin laici termasuk airnya
1/2 tin nanas termasuk airnya
1/2 botol besar air ais cream soda / 7 up
ais kiub
Cara membuatnya:
1. Semua bahan dan 1/2 drp ais kiub dimasukkan ke dalam bekas/mangkuk.
2. Kacau rata.
3. Bila nak makan/minum masukkan ais kiub ke dalam bekas dan ceduk campuran minuman tersebut.
* Buah-buahan boleh digantikan mengikut kesukaan masing2
*Boleh menggunakan fruit cocktail sahaja tanpa campuran buah-buahan yg lain.
CUBA JANGAN TAK CUBA......
3 comments:
Salam Kak Zurena,
rasa macamnak cuba lah sat lagi ...Mengancam kan warnanya
pasni nak cari buah naga..
sedapnye minuman berwarna warni..meriah sungguh..
Post a Comment